Honda Vezel digelar “HR-V” di US
Terdapat laporan yang mengesahkan bahawa Honda bakal menggunakan gelaran “HR-V” untuk SUV konsep urbannya, Vezel, di pasaran Amerika Syarikat (US). Jika di Jepun, ia masih kekal menggunakan nama Honda Vezel, nanum Honda telah memohon untuk mempatenkan nama “HR-V” bagi SUV yang diproduksi menggunakan platform Fit itu.
Honda HR-V ini akan diproduksi di kilang pemasangan Celaya yang terletak di Mexico yang turut menghasilkan model Honda Fit 2015.
Ia dijangka bakal mula berada di pasaran pada pertengahan tahun ini dan juga direncana memasuki benua Eropah pada tahun hadapan. Untuk pasaran Jepun, Vezel sudah mula dijual sejak November tahun lalu.
Model terdahulu Honda HR-V (Hi-rider Revolutionary Vehicle) telah diproduksi antara tahun 1999 dan 2006. Ia didatangkan dengan model tiga dan lima pintu bersama enjin 1.6 liter empat silinder yang mampu menjanakan kuasa maksimum 105 PS dan 125 PS bagi versi VTEC.