Spyshot Perodua Myvi XT dikesan di atas treler menuju ke Klang
By 0 Comments
|
Kiriman ini dari seorang pembaca, Faiz Fadil, yang sempat merakamkan foto Perodua Myvi XT berada di atas treler menuju ke Klang.
Perodua bakal melancarkan model Myvi XT pada 10hb April ini di Petaling Jaya.
Jika mengikut laman web Oto.my, Myvi XT ini hanya ditawarkan pada satu varian sahaja iaitu 1.3L automatik bersama dua pilihan warna menarik iaitu Lime Green dan merah jambu.
Harga yang ditawarkan pula berkemungkinan besar antara RM42,000 hingga ke RM44,000.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Myvi XT, InfoKereta akan membawakan maklumat terkini mengenainya sempena majlis pelancarannya Khamis ini.