Audi dedah lakaran konsep Q4
By 0 Comments
|
Audi juga sudah mendedahkan beberapa lakaran mengenai konsep crossover yang bakal dipamerkan di Beijing Motor Show 2014 ini. Walau bagaimana pun, maklumat lebih lanjutnya masih menjadi rahsia. Namun tertera pada kapsyen lakaran tersebut “Audi showcar Beijing 2014”.
Jentera konsep crossover Q4 ini tampil dengan jeriji hadapan krom, lampu utama LED dan corong udara yang agak besar berbentuk seperti kulit kerang.
Lakaran tersebut juga menunjukkan bentuk bumbung, rim aloi, dua paip ekzos pada bahagian belakang yang disambungkan dengan bar krom berserta perkataan “Quattro”.
Manakala lakaran bagi dalaman kabin pula, ia dipadankan dengan empat tempat duduk yang boleh dilipat bagi memberikan lebihan ruang pada bahagian kargo.