Mitsubishi bikin tawaran tergempak!
Bermula hari ini sehingga 30 Jun 2014, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menawarkan promosi istimewa ‘Drive-Me-Eco-Deals!’ bagi program penyelenggaraan percuma, rebet tunai ATAU bayaran bulan rendah bagi setiap pembelian Attrage SE, Attrage GS dan Mirage GS. Bagi ansuran bulan terendah, ia hanya untuk harga bagi Semenanjung Malaysia sahaja dan hanya sah melalui Maybank.
Bagi pelanggan yang menempah dan mendaftar untuk Attrage SE, layak untuk mendapatkan penyelenggaraan percuma selama setahun, rebet tunai sehingga RM4,000 atau bayaran ansuran bulan terendah sehingga RM658.
Manakala bagi Attrage GS pula, pelanggan yang menempah dan mendaftar juga layak untuk mendapatkan penyelenggaraan percuma selama setahun, rebet tunai sehingga RM4,000 atau bayaran ansuran bulan terendah sehingga RM588.
Untuk pelanggan yang membeli Mirage GS, program penyelenggaraan percuma selama setahun, rebet tunai sehingga RM6,000 atau bayaran ansuran bulan terendah sehingga RM458 bakal menanti anda.
Berhubung dengan tawaran ansuran bulanan terendah, ia bergantung pada pakej kewangan dan model yang terpilih.
Program penyelenggaraan percuma Mitsubishi yang ditawarkan ini turut melibatkan penukaran minyak enjin, penapis minyak, pembersih udara, cecair brek, cecair penyejuk dan minyak transmisi (bergantung pada jadual penyelenggaraan yang disarankan).
Attrage GS CVT kini dijual pada harga atas jalan (tanpa insurans) RM67,978.50. Ia dilengkapi dengan sistem kunci pintar, butang penghidup enjin, penghawa dingin automatik dan roda stereng balutan kulit.
Manakala varian tertinggi Attrage SE pula dilengkapi dengan lampu pencahayaan siang (DRL) LED, kit badan sporty, tempat duduk balutan kulit, lapisan cermin keselamatan, kamera undur dan skrin audio sesentuh 2-DIN. Varian ini ditawarkan pada harga RM75,796.50.
Attrage dijanakan oleh enjin 1.2 liter tiga silinder MIVEC yang moden dan ringan serta mampu menjanakan kuasa 80 PS dan tork 106 Nm. Setiap pembeliannya juga didatangkan dengan tiga tahun jaminan atau 100,000km (yang mana terlebih dahulu).
Bagi Mirage GS pula, ia dilengkapi dengan sistem kunci pintar, butang penghidup enjin, penghawa dingin automatik, meter kluster Bright View, skrin audio sesentuh 2-DIN dengan USB, iPod dan AUX serta roda stereng dan tombol gear balutan kulit. Varian ini dijual pada harga RM64,090.65 tanpa insurans.
Buat masa ini, MMM telah pun memiliki 57 bilik pameran di mana 40 buah di antaranya merupakan pusat 3S dan 50 buah pusat servis di seluruh negara.
Antara model lain yang turut dipasarkan di Malaysia ialah ASX, Lancer GT, Triton, Pajero Sport, Pajero Exceed SUV dan kenderaan elektrik i-MiEV.