Convette Z06 Convertible 2015 dalam debaran…
Bagaikan teruja untuk menayangkan jentera ini pada mata umum, membuatkan Chevrolet secara rasminya telah pun mendedahkan Convette Z06 Convertible 2015 yang bakal dipamerkan di New York Auto Show 2014 ini.
Convette Z06 Convertible 2015 dikatakan sebagai jentera convertible yang paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Chevrolet dan pastinya menjadi kebanggaan peribadi buat mereka.
Rekaan luarannya mirip pada jentera coupe tetapi memiliki bumbung yang boleh dibuka atau ditutup pada kelajuan 50km/j. Kerangkanya menerima binaan yang teguh yang sangat membantu struktur yang diubah bagi sebuah jentera Z06 Convertible.
Walau bagaimana pun, dengan material yang berkualiti tinggi bagi binaannya membolehkan berat bagi Z06 Convertible ini diturunkan sedikit bagi memperoleh lebih optimum daripada segi kelancaran pacuan.
Dijanakan oleh enjin 6.2 liter supercharged LT4 V8, ia boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 625 hp kuasa maksimum dengan tork puncak 861 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau pilihan kotak gear automatik lapan kelajuan.