Ford Escort bakal ditayang di Beijing Motor Show 2014
Setelah mengambil kesempatan mempertontonkan model konsep Ford Escort di Auto Shanghai tahun lalu, kali ini Ford sudah bersedia untuk menayangkan versi produksi di Beijing Motor Show yang bakal berlangsung minggu hadapan.
Memiliki saiz yang lebih kurang dengan Focus sedan namun Escort memiliki ruang yang lebih luas pada bahagian kabinnya serta menampilkan lebih banyak elemen teknologi yang menarik.
Walau pun Pengerusi Ford UK, Mark Ovenden, pernah membuat kenyataan bahawa Ford Escort ini adalah untuk pasaran China, namun beliau juga tidak menafikan ia mungkin bakal dipasarkan di negara lain termasuklah Rusia, Eropah, Amerika Latin dan Amerika Utara.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Escort ini, kenalah tunggu Ford membuat kenyataan rasmi pada hari pembukaan Beijing Motor Show pada 20 April ini.