Volkswagen Golf R 400 konsep hot-hatch yang mampu meledakkan adrenalin!
Volkswagen (VW) antara jenama kenderaan yang sememangnya agresif dan tidak pernah penat dalam memperkenalkan jentera hot-hatch. Terbaru, VW bakal memperkenalkan jentera hot-hatch konsep iaitu VW Golf R 400 di Beijing Motor Show yang sedang berlangsung.
Masih memilih enjin 2.0 liter pengecas turbo empat silinder seperti mana model GTI dan Golf R, ia juga dipadankan dengan kotak gear klac-berkembar dengan enam kelajuan. Enjin 2.0T ini berupaya memuntahkan kuasa sehingga 395 hp dan tork 450 Nm yang pastinya mampu meledakkan adrenalin. Jentera ini juga mampu mencecah impak maksima kelajuan sehingga 100km/j dalam hanya 3.9 saat!
Imej yang diperjudikan oleh Golf R 400 ini diiringi dengan rim aloi bersaiz 19 inci, tema warna kelabu-kuning, tempat duduk yang sangat AWESOME dan kekemasan Alcantara di segenap ruang kabin.
VW turut mendakwa, jentera ini adalah refleksi daripada potensi model siri sporty barisan kenderaannya yang lain. Jadi, kenalah tunggu VW menghasilkan model produksi untuk dipasarkan di pasaran global bagi mengetahui sejauh mana kehebatan hot-hatch ini.