MINI Paceman 2015 facelift tidak banyak tampil berbeza
Bukan setakat jenama Asia malah pembuat kenderaan Eropah turut mengambil kesempatan memperkenalkan model yang diperbaharui di pentas Beijing Motor Show. Termasuklah MINI yang menambahkan kehangatan Auto China 2014 ini untuk memperkenalkan MINI Paceman model penambah baikan atau facelift yang dilihat menampilkan sedikit kelainan dan diberikan suntikan lebih segar.
Walau pun tidak banyak perbezaan berbanding model sebelum ini, namun lebih baik ada sedikit daripada tiada langsung.
Salah satu pembaharuan yang cuba ditonjolkan ialah pemilihan warna Piano Black untuk kerangkanya dengan dua lagi warna yang lebih segar iaitu Jungle Green dan Midnight Grey. Rekaan di dalam kabin juga diberi sedikit perubahan menampilkan imej yang lebih elegan.
Menggunakan enjin yang sama iaitu 1.6 liter empat silinder pengecas turbo seperti mana model Paceman S yang mampu memberikan kuasa 190 hp. Ia turut menampilkan sistem pacuan semua roda dengan pilihan kotak gear sama ada manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan.