Toyota Levin VS Corolla… sama tapi tak serupa
Seperti mana yang dilaporkan semalam, Toyota Levin telah pun membuat kejutan di Beijing semalam dan hari ini dipertontonkan di Auto China 2014. Malah untuk makluman, Toyota telah memasarkan dua model yang sama, namun memiliki nama serta sedikit penampilan yang berbeza, iaitu Toyota Levin dan Toyota Corolla.
Di mana varian Corolla generasi terkini yang berada di pasaran China, diberi nama FAW-Toyota Corolla mempunyai persamaan imej dengan model Corolla ALtis yang dipasarkan di Malaysia.
Namun berbeza sedikit dengan Guangqi-Toyota Levin yang tampil dengan imej yang lebih unik, tetapi bahagian belakangnya memiliki sedikit persamaan dengan Corolla versi US.
Reuters turut melaporkan kedua-dua sedan berkenaan di dalam perancangan untuk mengeluarkan versi hibrid bagi pasaran China. Di mana ia turut diproduksi di kilang di China dengan menggunakan komponen buatan tempatan seperti bateri, hybrid transacles dan dan inverters.
Foto oleh Kwek Chai Li
Guangqi-Toyota Levin di Auto China 2014
FAW-Toyota Corolla di Auto China 2014