Chevrolet Cruze generasi terbaharu bakal menembusi pasaran China
Kali ini giliran Chevrolet pula menayangkan generasi terbaharu Cruze di Auto China 2014. Ia umpama satu penghargaan buat China memandangkan Cruze generasi kedua ini bakal menembusi pasaran di sana terlebih dahulu sebelum ‘mendarat’ ke negara lain.
Chevrolet mendakwa model ini telah diterapkan dengan gaya rekaan serba baharu yang diinspirasi berdasarkan model konsep Tru 140S yang pernah dipertontonkan dua tahun lalu.
Memiliki bentuk lebih tajam berbanding model sedia ada, dengan imej yang tampak lebih gagah pada bahagian hadapan. Elemen penuh bergaya yang melengkapi Cruze baharu ini termasuklah lampu pencahayaan siang, lampu kabus, dan jeriji yang sedikit agresif.
Dengan dua pilihan enjin yang bakal ditawarkan iaitu 1.4 liter pengecas turbo dan 1.5 liter konversional. Juga bakal ditampilkan dengan tiga pilihan transmisi iaitu DCS baharu klac-berkembar tujuh kelajuan yang dibangunkan bersama SAIC, manual enam kelajuan (yang dibangunkan di Eropah) dan automated manual enam kelajuan.
Foto oleh Kwek Chai Li