Hyundai ix25 konsep pamer imej sofistikated
Hyundai telah pun memperkenalkan model SUV konsep terbaharunya, ix25 di Auto China 2014 setelah desas-desus mengenainya bertebaran sejak awal tahun ini. Malah Hyundai turut mengesahkan bahawa model ini bakal memasuki produksi tidak lama lagi dan mungkin hanya akan dikomersialkan di China sahaja!
Jentera kompak crossover ini menggunakan rekaan berfalsafahkan Fluidic Sculpture 2.0. Imejnya juga ternyata lebih agresif berbanding dengan model SUV Hyundai yang lain.
SUV bersaiz kecil ini sangat sofistikated, memiliki ukuran 4,270mm panjang, 1,780mm lebar, 1,630mm tinggi dan jarak roda 2,590mm.
Bakal dijanakan oleh enjin 2.0L NU empat silinder, Hyundai mensasarkan versi produksi bagi ix25 ini bakal dilancarkan secara eksklusif di China sebelum 2014 menutup tirainya.