Toyota GT86 2015 meneruskan evolusi demi legasi
HACHI-ROKU BAKAL MUNCUL KEMBALI!
Dalam diam saja Toyota memproduksikan Toyota Hachi-Roku atau GT86 versi 2015 dan telah mendedahkan ia bakal dijual di pasaran Eropah pada musim panas ini.
Walau pun tidak banyak mengalami perubahan sana sini, namun Toyota mahu memberikan sedikit pembaharuan pada GT86 versi terbaharu ini. Antara perubahan yang ditampilkan ialah menawarkan palet warna yang sedikit berlainan dan menampilkan antena sirip jerung (shark-fin) yang diperbaharui. Ia membuatkan GT86 ini lebih ‘berpenampilan dan ciri aerodinamiknya terserlah’.
Menjenguk bahagian kabin, terdapat motif baharu carbon-fiber menghiasi segenap ruang, memberikan penampilan yang lebih sporty.
Bukan setakat pada paras rupa, malah kejuruteraan GT86 ini juga mengalami sedikit perubahan. Di mana, Toyota telah memperkukuhkan lagi sistem suspensi termasuklah untuk penyerap hentak. Malah Toyota juga berkata, mereka telah mengurangkan olengan badan dan memberikan lebih ‘rasa’ pada pengendalian stereng.
Menurut Ketua Jurutera Toyota GT86, Tetsuya Tada, tiada alasan untuk berhenti daripada membangunkan model jentera prestasi tinggi ini, walau pun ia sudah pun berada di pasaran. Malah Toyota sangat komited untuk memberikan yang terbaik untuk mana-mana model. Malah model GT86 2015 ini merupakan status terkini bagi GT86 sebagai kesinambungan evolusinya.