Peugeot Kuantan dilancarkan
Bagi mengembangkan rangkaiannya di seluruh negara, Nasim Sdn Bhd telah pun melancarkan cawangan terbaharunya iaitu Peugeot Kuantan. Ia merupakan cawangan baharu kedua yang dilancarkan oleh Nasim tahun ini dan yang ketiga di rantau pantai timur. Kini terdapat satu cawangan Peugeot di setiap ibu kota negeri-negeri pantai timur.
Di bawah operasi Nalmax Sdn Bhd, Peugeot Kuantan akan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di Kuantan, Balok, Bukit Goh, Pekan, Sungai Lembing dan Gambang.
Peugeot Kuantan dibina dengan kos sebanyak RM2.5 juta dan ia merupakan cawangan 3S (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) dengan kemudahan seperti lounge pelanggan, bilik mesyuarat, Astro , WiFi percuma dan kedai barangan rasmi Peugeot. Pusat perkhidmatan ini dilengkapi dengan empat ruang servis dengan kemampuan untuk penyelenggaraan 20 buah kereta sehari.
Menurut Dato’s Samson Anand George, CEO Nasim Sdn Bhd, pembukaan pusat 3S berkeluasan 11,200 kaki persegi ini semakin mendorong Nasim untuk menjadi lebih komited bagi memberi perkhidmatan kepada para pelanggan di Kuantan dan kawasan sekitarnya. Malah Peugeot Kuantan merupakan salah satu bilik pameran terbesar dan terbaik di pantai timur.
Pelancaran rasmi Peugeot Kuantan ini telah memperkembangkan rangkaian Nasim untuk 2014 yang setakat ini selepas pembukaan cawangan di Desa Pandan pada bulan lepas. Malah Nasim juga bakal melancarkan sembilan lagi cawangan menjelang akhir tahun ini dan menjadikan jumlah keseluruhan cawangan di seluruh negara menjadi 40 cawangan.
Minggu lalu, Nasim Sdn Bhd telah melancarkan model terbaharu mereka iaitu SUV Peugeot 3008 serba baharu. Dengan gaya yang kontemporari, elegan dan teknologi yang intuitif, ia disasarkan kepada pelanggan yang berumur antara 30 hingga 50 , terutamanya mereka yang mencari kenderaan dengan estetika yang unggul, ciri-ciri premium dan standard keselamatan tanpa kompromi.
Semua model Peugeot mempunyai jaminan lima tahun tanpa had perbatuan bersama-sama dengan 24 jam perkhidmatan Peugeot Assistance Nasim, akses percuma ke Peugeot Lounge di Lapangan Terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggannya.