Volvo V60 Plug-in Hybrid muncul dengan varian R-Design
Volvo telah pun mengumumkan perancangan untuk menawarkan model V60 Plug-in Hybrid dengan spesifikasi yang lebih agresif bersama R-Design.
Di mana model ini divisualkan dengan R-Design pada bahagian bampar dan jeriji hadapan, berserta peresap belakang dan rim aloi Ixion bersaiz 18 inci.
Untuk ruang kabin, ia turut menampilkan tempat duduk sport, pedal dan karpet lantai serta sistem Volvo On Call yang membolehkan pemandu mengakses pelbagai fungsi kenderaan melalui aplikasi telefon pintar.
Seperti model biasa V60 Plug-in Hybrid, varian R-Design ini turut dijanakan oleh enjin 2.4 liter turbodiesel lima silinder yang mampu memberikan kuasa 215 PS dan tork 440 Nm melalui pacuan tayar hadapan yang dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.
Manakala motor elektriknya mampu menjanakan kuasa 70 PS dan tork 200 Nm yang dikuasakan oleh gandar belakang, bekerjasama dengan pek bateri lithium-ion 11.2 kWh.
Apabila dipacu dalam mod hibrid, kenderaan ini hanya menggunakan 155.2 mpg bahan api seperti yang telah diuji menerusi NEDC Cycle untuk kadar perjalanan 1,000km, sementara itu dengan kuasa elektrik, ia mampu dipacu sehingga 50km. Dan jika kombinasi antara enjin diesel dan motor elektrik bergerak serentak, V60 Plug-in Hybrid ini mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya 6.9 saat.
V60 Plug-in Hybrid ini telah pun ditempah untuk pasaran United Kingdom (UK) pada harga 51,675 GBP untuk varian D6 AWD R-Design. Ia dijangka bakal diterbangkan ke UK pada Ogos ini.