Toyota Corolla catat jualan memberangsangkan dengan 1.22 juta unit pada tahun 2013
Satu perkara yang sangat memberangsangkan apabila Toyota Corolla berjaya mencatat jualan sebanyak 1.22 juta unit pada tahun 2013, berdasarkan rekod jualan kenderaan persendirian daripada para pengedar. Berita ini telah diumumkan oleh Toyota Motor Sales (TMS), USA, semalam.
Rekod ini mencatatkan jualan Corolla yang melibatkan 150 buah negara di seluruh dunia.
Menurut Pengarah Urusan dan Timbalan Presiden Kumpulan Toyota, Bill Fay, Corolla umpama wakil antarabangsa bagi jenama Toyota. Malah jualan yang memberangsangkan ini membuktikan kepuasan dan kesetiaan para pelanggan terhadap jenama Toyota dan Corolla.
Corolla atau turut dikenali dengan beberapa nama seperti Corolla Axio, Corolla Altis dan corolla EX 4-pintu sedan mula diperkenalkan di pasaran dunia pada tahun 1996. Malah ia turut mencatatkan jualan sebanyak 40.72 unit secara keseluruhannya (rekod sehingga Februari 2014), menjadikannya sebagai model kenderaan yang paling tertinggi jualannya.
Di Malaysia, model terbaharu Toyota Corolla Altis telah pun dilancarkan pada 20 Januari lalu dengan menampilkan tiga varian iaitu 1.8E, 2.0G dan 2.0V. Ia ditawarkan pada harga RM114,000 bagi varian 1.8E, sementara varian 2.0G ialah RM123,000. Model tertingginya, 2.0V dijual pada harga RM136,000 (semua harga adalah di atas jalan dengan insurans).