Peugeot 208 GTi menggempur ledakan adrenalin

By  |  0 Comments

208GTi30

Kecil, tangkas, lincah, berkuasa dan bergaya. Itu lima perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan tentang keistimewaan yang ada pada jentera hot-hatch ini.

Awal artikel sudah puji melambung. Hebat sangatkan jentera ini sehingga layak diberi pujian sedemikian rupa? Ya! Memang layak dan wajar. Pastinya sesiapa sahaja yang memandunya, pasti akan bersetuju dengan kenyataan itu. Peugeot 208 GTi memang cukup menyerlah zahir dan batin. Sesuai dengan ayat yang tertera di dalam risalahnya, “The rebirth of the legend”.

208GTi64

Menguji sejauh mana kehebatan 208 GTi yang dilengkapi enjin 1.6 liter Twin Scroll Turbo suntikan terus bahan api empat silinder DOHC 16 injap VTI cukup menguja. 10 minit pertama mengemudinya, terasa lutut sedikit menggigil. Ini kerana jentera ini seakan sedikit sukar untuk dikawal. Baru saja tekan pedal pendikit lebih sedikit, mendesup ia ‘berlari’. Wow! Adrenalin pantas sampai kemuncak.

Mampu mencapai kuasa maksimum sehingga 200 hp pada 5,800 rpm dan tork puncak 275 Nm pada 1,700 hingga 4,500 rpm, kehebatan 208 GTi memang cukup mencabar. Apatah lagi ia dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan menjadikan jentera ini benar-benar mampu menyalurkan keseronokan dalam pengendalian.

208GTi25

Prestasi yang disalurkan pantas, tidak tertangguh-tangguh, bahkan enjinnya dengan ledakan turbo cukup responsif hinggakan penulis sendiri terpaksa mengikut rentaknya. Dalam setengah jam pemanduan, terasa hubungan akrab sudah terjalin. Saling bekerjasama dan memerlukan di antara satu sama lain.

Memandunya keluar dari ibu kota Kuala Lumpur, merentasi lebuh raya menuju ke selatan memberi peluang untuk mendekati dan menyelami kehebatan 208 GTi ini. Adakalanya tanpa sedar, meter kelajuan menunjukkan angka 190km/j. Hampir tersasar ke 200km/j, lantas pedal pendikit dilepaskan sedikit supaya jiwa kembali bertenang.

Keseronokan cukup terserlah apabila dapat ‘bermain-main’ dengan gear manual terutamanya jika melalui jalan berselekoh. Ngauman enjinnya seakan hamburan jentera lumba tetapi tidak membingitkan. Sebaliknya ia seakan mencabar lagi kuasa adrenalin penulis.

Ternyata 208 GTi ini cukup sesuai dipandu dalam keadaan santai mahu pun agresif. Bila memilih untuk relaks saja ketika mengendalikannya, ada pula kenderaan di belakang yang mencucuk. Oh! Agaknya pemandu berkenaan tidak menyendari ada logo GTi pada bahagian belakang jentera ini dan mungkin menganggap ia hanya Peugeot 208 sahaja.

Seakan tercabar, maka pedal pendikit menjadi mangsa terjahan rasa agresif dan membuatkan enjin dikerah lebih gigih tanpa alasan. 208 GTi mampu dipacu sesempurna yang mungkin meninggalkan kenderaan yang ‘mengacah dari belakang’.

208GTi47

Prestasi yang menguja pasti bertambah sempurna dengan sisi pengendalian yang sangat memuaskan. Biar pun penguasaan sterengnya terasa sedikit ringan, begitu juga dengan sistem suspensi yang agak lembut, namun daya cengkamannya masih dirasai biar pun ketika jentera dipacu dalam kelajuan yang tinggi. Pengendaliannya tidak ‘meliar’ sebaliknya mudah dijinakkan untuk terus bersatu dengan kehendak serta gaya pemanduan.

Sistem suspensi yang digunakan iaitu topang MacPherson dengan palang anti-olengan pada bahagian hadapan dan untuk belakang pula dipadankan bersama Trailing Arm dengan Dynamic gandar silangan, terasa sedikit lembut tetapi tidak menghampakan. Ketika melalui permukaan jalan yang kurang rata, olengan badan dan kesan bumpy agak minimum.

Begitu juga ketika melayan jalan berselekoh, keselesaan pemanduan tetap dirasai. Malah kerjasama antara pedal pendikit, klac, pedal brek, gear dan stereng semakin bersatu menjadi pemanduan kian lancar. Seronok dan cukup menguja.

Kerangka yang kecil dengan ukuran 3962 mm panjang, 1460 mm tinggi, 2004 mm lebar dan jarak roda 2538 mm membuatkan 208 GTi begitu mudah untuk dikendalikan. Umpama cili padi, makin kecil makin pedas. Sekecil 208 Gti..ia cukup deras! Malah mengikut spesifikasi, ia mampu dipecut dengan kelajuan maksimum 230km/j pada catatan daripada titik sifar ke 100km hanya 6.8 saat.

208GTi61

Malah 208 GTi juga mudah untuk mencelah-celah di sebalik kesesakan lalu lintas atau pun ketika melalui laluan yang sempit. Untuk membuat pusingan U juga begitu mudah dengan jejari pusingannya 5.2 meter. Begitu juga untuk memarkirkan jentera hatchback ini, tiada masalah langsung kerana ia boleh diparkir walau pun pada sudut yang sedikit kecil.

Apa lagi yang perlu dipuji tentang prestasi dan pengendalian 208 GTi kerana ia memang indah-indah belaka.

Ops! Bagaimana dengan penggunaan bahan apinya? Ia cukup subjektif untuk diperkatakan. Tetapi mengikut Peugeot, jentera ini mampu memberikan penjimatan bahan api yang efisien. Iaitu lebih kurang 5.9 liter untuk setiap 100km. Apa pun itu bergantung pada cara anda mengendalikan jentera ini.

Apa pula kekacakan yang dilampiaskan pada imej luaran dan dalamannya? Ternyata 208 GTi ini tampil dengan suntikan rekaan yang lebih segar, setanding dengan penggunaan perkataan ‘GTi’. Daripada luaran, logo ‘GTi’ boleh dilihat pada bahagian sisi dan belakang jentera ini.

Rekaan yang lebih sporty ditampilkan pada segenap ruangnya. Umpama tiada cacat cela. Pada bahagian hadapannya, jeriji berkotak ditampilkan dengan padanan lampu utama eksklusif yang nampak garang, hasil rekaan signatur Peugeot. Malah ia juga dilengkapi dengan lampu pencahayaan siang LED dan lampu kabus.

Rim aloi bersaiz 17 inci dilatari dua tona rekaan karbon menjadikan bancuhan imej yang dipersembahkan nampak cukup sempurna.

Bukan itu sahaja, garisan kompak yang merentangi sisi kerangka membentuk ciri-ciri aerodinamik. Kehadiran badan khas Sills bersama tingkap krom penuh elegan meningkatkan lagi imej pada pandangan mata.

Pada bahagian belakang, spoiler belakang menyerlahlah lagi imejnya. Begitu juga dengan penampilan ekzos berkembar krom yang menjadikan jentera hot-hatch ini benar-benar sporty.

208GTi20

Memasuki ruang kabinnya, imej sporty masih pekat terlekat pada segenap ruang. Gabungan warna hitam dan merah menjadi pilihan utama melatari kabin. Tempat duduk bucket pada bahagian hadapan cukup empuk dan selesa seakan mendakap erat tubuh pemandu. Menggunakan material kulit Club Nappa dengan gabungan fabrik Caro Weave pada tempat duduk pemandu dan penumpang pastinya mampu menyalurkan memberikan yang cukup optima.

Malah jahitan benang merah juga jelas kelihatan pada tempat duduk, perehat lengan, roda stereng dan brek tangan.

Roda stereng balutan kulit Sport GTi dengan alat kawalan berserta logo GTi memberikan impak yang lebih sporty pada bahagian kokpit. Tambahan pula dengan kehadiran panel instrumen yang penuh emosi dan skrin sesentuh interaktif yang turut berfungsi sebagai paparan navigasi menyerlahkan lagi imej dalamannya.

208GTi26

Elemen-elemen lain yang terdapat pada bahagian kabin 208 GTi ini ialah sistem audio Arkamys 3D Sound dengan enam pembesar suara, sambungan Bluetooth dan USB, bumbung panoramik serta zon berkembar sistem penghawa dingin.

Bagi aspek keselamatan, 208 GTi turut dilengkapi dengan enam beg udara, ABS, EBD, EBA, Anti-Slip Regulation (ASR), DSC dan ESP.

208GTi52

Dengan harga atas jalan yang ditawarkan iaitu RM139,888 seunit, dan ia juga didatangkan dengan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had bersama-sama servis Bantuan Perkhidmatan Peugeot 24 jam, dan akses percuma ke Lounge Peugeot.

Konklusi yang boleh diterjemahkan untuk 208 GTi… ia memang cukup hebat! Bagi anda yang mencari-cari jentera hot-hatch dua pintu untuk dimiliki, 208 GTi sememangnya layak untuk dijadikan pilihan utama.

Spesifikasi :
Enjin : 1.6 liter Twin Scroll Turbo dengan High Pressure (THP), suntikan terus, empat silinder sebaris, DOHC 16 injap VTI
Transmisi : Manual 6-kelajuan
Kuasa maksimum: 200hp @ 5,800rpm

Tork maksimum: 275Nm @ 1,700 – 4,500rpm

Kapasiti tangki bahan api : 50 liter
Warna pilihan : Digital White & Rogue Red
Harga atas jalan : RM139,888 (termasuk insurans)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/