Peugeot 5008 versi 2014 bakal dilancarkan tidak lama lagi
Peugeot Malaysia baru saja memberikan gambaran awal mengenai model terbaharunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Selepas Peugeot 2008 dan 3008 dilancarkan, kini tibalah pula giliran MPV 5008 berada di Malaysia tidak lama lagi.
Dengan hanya memaparkan lampu utamanya, model penambah baikan (facelift) 5008 ini memiliki sedikit persamaan daripada segi imej luarannya dengan 3008. Ia memiliki jeriji hadapan yang agak besar dengan tertera logo Peugeot pada bahagian tengah di atasnya.
Buat setakat ini, tiada lagi perician berkenaan dengan MPV tujuh tempat duduk ini. Walau bagaimana pun, jika mengikut model terdahulu yang dilancarkan di Malaysia pada 2010 dan dijanakan oleh enjin 1.6 liter THP twin-scroll turbocharged yang mampu memberikan kuasa 156 hp dan tork 240 Nm.
Untuk model facelift ini, Info Kereta akan memaparkan perkembangan lanjut mengenainya jika mendapat sebarang maklumat.