Nissan Teana baharu lebih progresif

By  |  0 Comments

TeanaDrive20

Tiga minggu sebelum majlis pelancarannya yang dijangka bakal berlangsung pada 3 Jun ini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mengundang pihak media permotoran untuk memandu uji Nissan Teana baharu ini selama sehari.

Teana baharu ini diuji kehebatan prestasi dan pengendaliannya di lebuh raya dan jalan biasa dari Desa Park City (DPC), Damansara menuju ke Tanjung Malim sebelum berpatah semula ke DPC untuk ujian pemanduan slalom pula.

Sedan baharu daripada segmen-D ini bakal bakal menawarkan tiga varian iaitu 2.0XL, 2.0XE dan 2.5XV untuk pasaran tempatan. Di mana ‘jantung’ yang dipadankan untuk kedua-dua varian 2.0 liter adalah menggunakan enjin yang sama dengan model sebelum ini. Tetapi bagi varian 2.5, ia dipadankan dengan nadi baharu iaitu enjin dengan kod MR20DE yang telah diberi penambah baikan. Malah ia juga dikatakan lebih berkuasa dengan gandingan sistem C-VTC Berkembar.

TeanaDrive39

Namun, ketiga-tiga varian ini juga menerima padanan transmisi baharu iaitu Xtronic CVT yang menawarkan penjimatan bahan api, pecutan meyakinkan dan ketahanan yang lebih memberangsangkan berbanding dengan kotak gear automatik konvensional.

Adakah padanan enjin dan transmisi ini benar-benar memukau prestasi yang dihamburkan oleh Teana serba baharu? Jawapannya, YA. Ternyata perubahan yang dilakukan oleh Nissan terhadap model baharu ini cukup progresif.

Penulis berkesempatan mencuba kedua-dua varian 2.0L dan 2.5L. Ternyata kedua-duanya tampil dengan keistimewaan yang tersendiri. Tidak dinafikan pemanduan varian 2.5L lebih cemerlang kerana mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 173 PS pada 6,000 rom dengan tork puncak 234 Nm pada 4,000 rpm. Namun varian 2.0L juga tidak mengecewakan bila mana berjaya menyerlahkan kuasa maksimum sehingga 136 hp pada 5,600 rpm dan tork puncak 190 Nm pada 4,400 rpm.

Bagi penulis, kuasa dan tork yang dipersembahkan cukup memberikan kepuasan. Malah enjin kedua-dua varian memang jarang menghampakan dan sentiasa peka mengikut kehendak pemanduan. Ketika jentera sedan ini mahu dipacu lebih laju, enjinnya pantas bertindak mengikut kawalan pedal pendikit. Malah ia tidak tertangguh-tangguh memuntahkan kuasa pacuan. Pijak sedikit sahaja pedal pendikit, nah…jentera terus berdesup perginya.

TeanaDrive48

Bukan itu sahaja, kawalan gear CVT juga boleh dikatakan bertindak cemerlang. Tidak terasa bila pertukaran gear berlaku. Malah ia juga mampu membantu kuasa pecutan lebih bertebaran. Penulis dapat merasai perbezaan yang cukup ketara apabila mengendalikan Teana baharu ini, berbanding dengan model terdahulu. Ia lebih lancar dan menyeronokkan.

Bukan setakat prestasi pemanduan, malah dalam soal pengendaliannya juga cukup memuaskan. Namun sudah pasti pilihan penulis ialah varian 2.5L biar pun sebenarnya pengendalian bagi kedua-dua model ini bukanlah ada jurang perbezaan yang ketara. Bagi penulis, varian 2.5L tampil lebih memberangsangkan.

Walau bagaimana pun, kedua-dua varian memang ‘jinak’ untuk dikawal dan seakan mengikut kata.

Pemilihan sistem suspensi topang MacPherson dengan penstabil untuk bahagian hadapan dan Multi-link juga bersama penstabil pada bahagian belakang ternyata memberikan kerjasama yang cukup optimum. Ia memang cukup mantap dan stabil.

Namun ketika melenjan varian 2.0L merentasi Lebuh Raya Utara-Selatan dalam perjalanan pulang, penulis dapat merasakan suspensinya sedikit ringan ketika jentera dipacu antara 160 hingga 180 km/j. Tetapi tidak sampai menjejaskan olengan badannya. Biarpun melalui permukaan jalan yang kurang rata, ia masih memberikan keselesaan.

Pengendalian Teana baharu ini juga dirasakan selesa bila mana stereng berkuasa elektro-hidraulik menjadi padanan. Kawalan sterengnya lebih meyakinkan termasuk ketika cuma memandu sedikit laju dan memotong kenderaan di hadapan.

Begitu juga ketika melalui jalan berselekoh, kawalan pengendalian Teana ini ternyata menguja. Mungkin atas bantuan Kawalan Understeer Aktif (AUC) yang ditampilkan pada model baharu ini kerana ia memberikan pengendalian yang lebih meyakinkan.

TeanaDrive63

Walau melibatkan permukaan jalan yang licin, basah mahu pun berpasir. Nissan juga berkata, AUC sangat bekerjasama dengan sistem kawalan cengkaman (TCS) dan kawalan dinamik kenderaan (VDC), maka risiko understeer mampu dielakkan.

Ketika menjalani ujian slalom, penulis juga cukup yakin untuk mengelak halangan yang disediakan biar pun dalam kelajuan yang maksimum. Pedal pendikit ditekan semaksimum yang mungkin, jalan yang agak licin, namun masih mampu mengawal kenderaan daripada understeer. Memang untung adanya sistem AUC, TCS dan VDC ini, Teana baharu mantap dan stabil dengan ujian sebegini.

Selain daripada itu, Teana baharu turut dilengkapi dengan aspek keselamatan seperti ABS, HSA, EBA, BA, Isofix, tali pinggang keselamatan dengan pengehad beban serta pra regangan, lampu berhenti LED belakang dan mempunyai enam beg udara.

TeanaDrive29

Satu lagi pujian yang wajar diberikan pada Teana baharu ini ialah bunyi bising yang terhasil daripada luar seakan tidak menyerapi bahagian kabin. Malah enjinnya juga tidak berbunyi bising. Ini menambahkan lagi keselesaan ketika memandu.

Teana baharu ini bukan sahaja dipertingkatkan daripada segi prestasi dan pengendalian. Malah ia juga melibatkan rekaan luaran dan dalaman yang diberi suntikan yang lebih segar serta tampak sedikit ‘muda’.

Malah jeriji hadapan yang ditampilkan pada ketiga-tiga varian diberi rekaan semula yang lebih agresif dan elegan. Lampu utamanya sedikit bebentuk boomerang menyerlahkan lagi imej hadapannya. Garisan berlekuk pada sisi kerangka memberikan ciri-ciri aerodinamik. Manakala bahagian belakang model ini juga kelihatan lebih elegan.

Untuk varian 2.5XV, lampu utama projektor dan xenon menjadi pilihan. Malah ia juga ditampilkan dengan lampu kabus hadapan, cermin sisi kuasa boleh laras dan dilipatkan, lampu isyarat membelok pada cermin sisi serta bumbung suria.

Manakala bagi varian 2.0XL dan 2.0XE, ia dipadankan dengan lampu utama projektor halogen, lampu kabus hadapan, cermin sisi kuasa boleh laras dan dilipatkan dan lampu isyarat membelok pada cermin sisi.

Varian 2.5XV dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17 inci. Manakala bagi kedua-dua varian 2.0 pula hanya 16 inci.

Nissan sememangnya mahu memberikan tahap keselesaan terbaik buat model ini. Bukan setakat ketika pemanduan, malah memasuki ruang kabin sahaja, anda bakal disajikan dengan keselesaan yang optimum.

Duduk di tempat pemandu atau penumpang di sebelah, anda bakal ‘dipeluk’ dengan tempat duduk yang direka berinspirasikan ‘Graviti sifar’ (yang dikatakan diilhamkan daripada tempat duduk dalam kapal angkasa NASA). Di mana tempat duduk ini begitu menyokong bahagian belakang badan, daripada paha hingga ke bahagian dada. Walau melibatkan perjalanan yang jauh sekali pun, pasti anda akan kurang rasa penat kerana tempat duduk ini benar-benar memberikan keselesaan.

TeanaDrive106

Bagi varian 2.5XV dan 2.0XL, tempat duduk pemandu boleh dilaraskan secara automatik dengan lapan pelarasan. Begitu juga dengan tempat duduk pemandu disebelah yang juga boleh dilaraskan dengan empat pelarasan.

Pada bahagian penumpang belakang pula, tempat duduknya juga selesa. Ditambah pula dengan ruang kaki dan ruang kepala yang boleh dikatakan agak luas. Bagi varian 2.5XV dan 2.0XL, tempat duduknya dibaluti kulit manakala hanya fabrik bagi 2.0XE.

TeanaDrive98

Menjenguk bahagian kokpit, stereng dan tombol gear bagi ketiga-tiga varian dibaluti material kulit yang memberikan daya cengkaman tangan yang lebih selesa. Malah kolum stereng teleskopik dan boleh dilaraskan mengikut kesesuaian. Ketiga-tiga varian juga tampil dengan kunci pintar dan butang penghidup enjin. Varian 2.5XV juga dilengkapi dengan cermin pandang belakang anti silau automatik.

Paparan Advance Drive dan Mod ECO juga terdapat pada ketiga-tiga varian. Malah tidak mahu menganak tirikan mana-mana varian, Nissan menampilkan pendingin hawa automatik dua zon dan corong penghawa dingin untuk tempat duduk belakang pada kesemua varian. Namun keistimewaan buat varian 2.5XV kerana ia juga menampilkan lampu mood LED dan bidai kuasa pada cermin belakang.

Bagi sistem infotainmen, varian 2.5XV dan 2.0XL dilengkapi dengan skrin warna bersaiz lima inci dengan sambungan USB dan Bluetooth. Malah varian 2.5XV juga tampil dengan sembilan pembesar suara dengan sistem bunyi Bose, manakala kedua-dua varian 2.0L hanya memiliki enam pembesar suara.

Teana baharu ini ditampilkan dengan lima pilihan warna kerangka yang elegan iaitu Storm Blue, Tungsten Silver, Diamond Black, Bronze Gold dan Brilliant White. Berkenaan dengan harganya, ia masih belum diumumkan. Ia hanya akan diumumkan pada hari pelancarannya.

Bagi pendapat penulis, Nissan Teana baharu ini cukup sesuai untuk mereka yang berumur 30 tahun ke atas yang gemarkan kenderaan yang lebih elegan dan eksklusif serta mampu milik. Secara keseluruhannya, prestasi dan pengendaliannya memang wajar menerima pujian. Malah rekaan luaran dan dalaman yang ditampilkan juga tidak mengecewakan.

Nissan Teana baharu ini telah pun dibuka tempahan bermula 14 Mei lalu dan sila berkunjung ke mana-mana bilik pameran Nissan berhampiran untuk melihat lebih dekat model ini. Info Kereta akan membawakan informasi berkaitan pada hari pelancarannya kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/