Galeri : Nissan Teana baharu lebih sofistikated
Anda sudah mengetahui apakah spesifikasi yang ditampilkan pada Nissan Teana baharu ini. Anda sudah pun membaca ulasan mengenai pandu uji model ini. Nah! Ini juga untuk untuk anda. Galeri Nissan Teana baharu dengan perbandingan model terdahulu. Banyak perbezaannya bukan?
Sudah tentu Teana baharu ini tampil lebih bergaya kerana ia banyak diberi suntikan yang lebih segar. Malah imej ‘kereta pakcik-makcik’ juga berjaya disingkirkan. Ternyata Teana baharu ini juga sangat bersesuaian dengan golongan eksekutif muda yang inginkan sebuah kenderaan yang mempunyai keterampilan lebih elegan.
Jika dahulu, kekemasan kayuan menjadi pilihan melatari bahagian kokpit dan konsol tengah Teana model terdahulu. Namun kini elemen tersebut ‘disingkirkan’. Sebaliknya memilih kekemasan yang lebih elegan dan eksklusif serta sedikit berjiwa muda untuk model baharu ini.
Harganya? Nantikan maklumat selanjutnya dari Info Kereta pada hari pelancarannya yang dijangka bakal berlangsung pada 3 Jun ini.
Nissan Teana baharu (L33)
Nissan Teana model terdahulu (J32)