Tun Dr Mahathir secara rasminya diumumkan sebagai pengerusi Proton
Hari ini Proton Holdings Berhad (Proton) telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan pelantikan YB Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) sebagai pengerusi baharu berkuatkuasa 16 Mei lalu. Sekali gus turut memegang jawatan sebagai pengerusi Lotus Group plc (Lotus).
Sebelum ini, Tun Mahathir telah pun dilantik sebagai penasihat Proton sejak tahun 2003 selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Menurut CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, kesediaan Tun Mahathir memegang jawatan tersebut membuktikan kesungguhannya untuk melihat pengeluar kereta nasional itu berjaya. Malah Tun Mahathir kini juga dikatakan boleh meluangkan masa yang lebih banyak di Proton sebagai pengerusi. Secara tidak langsung mampu memperkukuhkan lagi Proton dalam misinya untuk menjadi pemain automotif yang terkenal di seluruh dunia.
Tun Mahathir mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang bakal meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif, tetapi masih kekal sebagai anggota lembaga pengarah syarikat.
1 Comment