Bentley SUV pertama dalam sejarahnya
Buat pertama kali dalam sejarah jenama kenderaan mewah Bentley yang bakal memperkenalkan model pertama SUV tidak lama lagi. Perkara ini telah didedahkan melalui video pengenalannya di Youtube semalam.
Walau pun tidak menayangkan keseluruhan konsep dan imej, namun gambaran awal ini menunjukkan kehadiran lampu utamanya yang diinspirasi berdasarkan model Continental GT dan gril hadapannya pula dari Mulsanne.
Malah jelas kelihatan rim aloi lima jejari dengan gril pada bahagian tepi yang menyerlahkan lagi imej agresif SUV ini. Begitu juga dengan padanan lampu belakang yang turut diadaptasi juga daripada model Continental serta bahagian bumbung belakang yang juga tampak lebih agresif.
Bentley dijangka bakal memulakan produksinya pada tahun 2016 dan turut memperkenalkan model plug-in hybrid setahun selepas itu.