Honda Jazz 2014 mula dipromosi di oto.my dengan harga jangkaan RM75k
Ia baru sahaja dilancarkan buat pasaran Thailand, kini Honda Jazz 2014 telah pun muncul di laman web klasified oto.my. Ia dikatakan bakal dilancarkan pada Julai ini dengan harga jangkaan iaitu RM75,000 seunit.
Menggunakan penjana kuasa yang lebih kurang sama dengan Honda City baharu iaitu 1.5 liter SOHC i-VTEC empat silinder, Jazz ini dikatakan mampu memberikan kuasa maksimum sehingga 120 PS dan tork 145 Nm.
Kemungkinan besar, ia juga dilengkapi dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, panel sesentuh bagi penghawa dingin automatik dan operasi kunci pintar sepenuhnya. Di mana kekemasan dalaman juga juga memiliki persamaan dengan Honda City 2014 yang dibawa masuk ke Malaysia.
Info Kereta akan membawakan maklumat lanjut mengenai Honda Jazz 2014 dari masa ke semasa.
Honda Jazz 2014 versi Thailand