Mazda6 tampil impresif

By  |  1 Comment

Mazda6

Generasi ketiga Mazda6 yang dilancarkan buat pasaran Malaysia pada awal 2013 membuka lebih banyak pengetahuan mengenai teknologi SKYACTIV ciptaan Mazda ini. Walau pun sebelum ini model lain keluaran Mazda seperti Mazda CX-5 turut menerapkan teknologi yang sama, namun tidak ramai yang menyedari kewujudannya yang memberikan impak kuasa memuaskan, di samping penjimatan bahan api yang lebih efisien.

Kehadiran Mazda6 di pasaran tempatan seakan mempopularkan lagi SKYACTIV dan mengesahkan bahawa ia antara teknologi terbaik yang pernah dihasilkan oleh pengeluar kenderaan terkemuka Jepun itu.

Hadir dengan tiga varian iaitu SKYACTIV-G 2.0 sedan, SKYACTIV-G 2.5 sedan dan SKYACTIV-G 2.5 Hatch Touring, Mazda6 menonjolkan kematangan di dalam prestasi dan paras rupanya. Menjadi tumpuan golongan eksekutif korporat khususnya, limpahan gaya Mazda6 seimbang dengan bancuhan teknologi yang dipertaruhkan.

Teknologi SKYACTIV yang diterapkan meliputi beberapa elemen, iaitu untuk enjin SKYACTIV-G, pacuan SKYACTIV-DRIVE, kerangka SKYACTIV-BODY dan SKYACTIV-CHASSIS. Setiap satunya memainkan peranan yang tersendiri di dalam kelancaran prestasi dan pengendalian jentera ini. Mari kita bercerita satu per satu lebih lanjut al-kisah Mazda6 ini.

Memandu uji model 2.0 liter membuka peluang untuk mendampingi dan mengenali lebih lanjut mengenai model ini. Walau pun niat di hati mahu mencuba model Hatch Touring dengan kuasa enjin 2.5 liter kerana lebih tertarik dengan bentuknya, namun sedan 2.0 liter ini juga sudah melampiaskan rasa puas mengendalikannya. Dengan enjin ini, kuasa yang mampu dipacukan meledak sehingga 153hp pada 6,000rpm dan tork pula 200Nm pada 4,000rpm.

Mazda6

Dipadankan dengan kotak gear SKYACTIV-DRIVE enam kelajuan automatik, Mazda6 ini ada sedikit kelemahan menujahkan kuasa dengan transmisi auto. Bukan tidak berkuasa, tetapi terasa sedikit kekurangannya. Namun begitu, ia bukanlah penghalang untuk mendapatkan lonjakan kuasa seperti mana yang diingini, tukar sahaja ke gear manual dan tekan pedal pendikit sedikit agresif. Nah! Lonjakan kuasa cukup terserlah dan bisa membuatkan senyuman melebar sehingga ke telinga. Itu yang dimahukan!

Namun untuk pemanduan santai dan bersahaja, padanan enjin dan transmisi sangat serasi. Tidak perlu memberikan lebih tekanan pada pedal pendikit, jentera masih mampu dipacu dengan kadar kelajuan yang diingini tetapi dalam corak masa yang sederhana. Malah tukaran gear automatik juga lancar dan tidak terasa sentakan. Seolah tidak menyedari bilakah ia ditukar, tahu-tahu sahaja sudah tercatat gear ‘6’ terpapar di meter kluster.

Mazda6

Selain daripada tujahan kuasa yang ditonjolkan, penulis juga kagum dengan enjinnya yang agak senyap, seperti enggan melewati ke serata pelusuk kabin. Ia membuatkan konsentrasi pemanduan lebih optimum dan selesa. Bukan itu sahaja, padanan kotak gear SKYACTIV-DRIVE juga sangat bertepatan di mana ia memberikan aspek terbaik di dalam sistem transmisi. Ia sangat lancar, senyap dan responsif. Begitu juga sekiranya gear manual dipilih, jika pemandu terleka untuk menukar gear, enjin tidak akan ‘menjerit’ sebaliknya gear akan dinaik atau diturunkan secara automatik mengikut kelajuan. Jika dalam pemanduan santai atau biasa, gear akan ditukar lebih awal, memberi lebih penjimatan bahan api.

Bercerita mengenai kerangkanya, Mazda6 yang dipadankan dengan kejuruteraan SKYACTIV-BODY ini menyasarkan dua elemen iaitu ringan dengan prestasi yang lebih selamat dan mempertingkatkan pengukuhannya. Ia turut mengoptimumkan struktur dan material yang digunakan. Boleh dikatakan dengan kerangka ini secara keseluruhannya membuatkan Mazda6 30 peratus lebih ringan, kukuh dan berjaya melepasi ujian pelanggaran yang diiktiraf. Dan dalam masa yang sama masih mampu menyalurkan pengendalian yang terbaik.

Memang tidak dinafikan, walau pun ia agak ringan, namun kekukuhannya masih jelas terasa. Jentera mudah dikendalikan, tidak meliar dan cukup memahami corak pemanduan yang diingini. Mungkin ada sesetengah jentera yang kerangkanya agak ringan, terasa seperti ‘melayang’ apabila ia dipandu laju. Namun tidak pada Mazda6, ia masih mantap biar pun pedal pendikit ditekan sehabis mungkin terutamanya ketika merentasi lebuh raya yang tidak sibuk dengan kenderaan.

Elemen kelima yang diterapkan di dalam teknologi SKYACTIV ialah SKYACTIV-CHASSIS, di mana pertaliannya agak erat antara sistem stereng dan suspensi. Kedua-duanya juga antara penyumbang kepada pengendalian yang memang ummphhh. Padanan MacPherson Struts dan Multi-link memang tidak pernah mengecewakan. Pada awal mengendalikan jentera ini, penulis merasakan sterengnya agak ringan apatah lagi bila melalui jalan berselekoh, tetapi ia mudah dikendalikan, malah bersifat ‘mesra pemandu’.

Biarkan kerangka Mazda6 ini agak besar dan panjang, tetapi jika ia dipacu dalam kelajuan yang agak laju, kesan olegannya tidak begitu terasa. Malah jika melalui selekoh atau jalan berliku, jentera masih mampu stabil, tetapi awas jangan dipandu terlalu laju kerana risiko over steer atau pun under steer tetap ada. Bukan itu saja, tanpa sistem brek yang sempurna, pastinya ia tidak akan melengkapkan kehebatan sebuah jentera. Maka, berterima kasihlah kepada pasangan Ventilated dan Solid Disc yang cukup responsif ketika diperlukan.

Melalui pandangan secara visual, Mazda6 tampil segak bergaya daripada luaran sehinggalah dalaman. Ciri-ciri eksklusif, dan elegan dengan sedikit sentuhan kemewahan menghiasi segenap sudut. Walau pun memang mementingkan gaya, namun rekaannya juga mahu memberikan garisan aerodinamik bagi membantu memantapkan lagi jentera ini. Diimport sepenuhnya dari Jepun, Mazda6 ini turut diilhamkan berdasarkan falsafah rekaan KODO-‘Jiwa dalam pergerakan’.

Selain daripada itu, ia turut diinspirasikan daripada jentera konsep Shinari dan Takeri. Ternyata rekaan KODO membuatkan Mazda6 menjelma dengan emosinya yang tersendiri. Ia sangat jelas kelihatan pada rekaan luarannya, di mana lekukan dan garisan pada setiap sudut kerangka luaran memainkan peranan yang tersendiri, antaranya menjadi penebat bagi aliran angin yang menujah setiap kali jentera dipacu laju.

Mazda6

Lampu utama berbentuk tirus membujur yang turut disertakan dengan lampu pencahayaan siang (DRL) mengapit gril bampar hadapan tampak garang. Tambahan pula dengan lampu kabus, walau pun terletak di bahagian bawah sisi bampar, namun ia mampu membantu menambahkan gaya luaran Mazda6 ini. Pada bahagian belakang, bonetnya yang sedikit menjungkit membuatkan ia nampak agak sombong. Menyuntik sedikit elemen sporty, rim aloi bersaiz 17 inci turut dipadankan. Ternyata imej luaran yang dipertaruhkan mampu membuatkan kelibat Mazda6 menarik perhatian mata yang memandang.

Ralit memerhatikan rekaan luaran, beralih pula ke dalam kabin. Perkara utama yang difokuskan sudah tentu ialah susun atur pada bahagian kokpit. Sentuhan elegan dan sedikit gaya kemewahan terlukis menyelinapi seantero kokpit. Walau pun kurang menyenangi kekemasan kayuan yang merintangi papan pemuka (nampak seperti imej konvensional), namun bagi penulis, ia bukanlah menyemak mata memandang. Tambahan pula reka letak segala butang kawalan pada papan pemuka teratur kemas dan mudah dikendalikan. Turut ditampilkan pada papan pemuka ialah skrin TFT multi-informasi yang dilengkapi dengan fungsi Bluetooth serta bertindak sebagai paparan kamera undur dan sistem audio enam pembesar suara.

Mazda6

Manakala tempat duduk balutan kulit memberikan keselesaan buat pemandu dan para penumpang. Ruang kaki di bahagian tempat duduk penumpang sederhana sahaja. Manakala kapasiti untuk bahagian kargo hanya 435 liter sahaja. Namun apa yang penting ialah keselesaan pada pemandu dan penumpang sepanjang perjalanan.

Jika varian 2.5 liter dilengkapi dengan teknologi brek janaan semula tenaga atau I-ELOOP, sayangnya ia tidak ada pada model 2.0 liter. Namun I-STOP atau sistem pemberhentian melahu secara automatik ada ditampilkan pada model 2.0 liter ini. Ia bertindak memberhentikan enjin secara automatik apabila jentera berhenti di persimpangan lampu isyarat atau kesesakan lalu lintas. Ia bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 5 peratus. Apabila pedal brek dilepaskan, dalam masa 0.35 saat enjin kembali berfungsi.

Namun I-STOP tidak akan mengganggu atau menghentikan fungsi penghawa dingin dan juga sistem audio. Walau bagaimana pun, pemandu juga boleh memilih sama ada inginkan I-STOP ini berfungsi atau pun tidak hanya dengan menekan butang kawalannya. Tetapi terus terang dikatakan, penulis kurang gemar menggunakan I-STOP kerana kesan sentakannya agak terasa apabila enjin kembali dihidupkan.

Sistem keselamatan dan kenderaan umpama irama dengan lagu. Tanpa sistem keselamatan (terutamanya yang sangat diperlukan masa kini) umpama sesebuah kenderaan itu tidak sempurna pembuatannya. Lantas, Mazda turut menerapkan sistem keselamatan seperti ABS, EBD, BA, DCS, TCS dan HLA berserta enam buah beg udara untuk Mazda6 ini.

Dengan harga atas jalan RM159,455.50 (berserta insurans), Mazda6 ini didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Snowflake White Pearl, Aluminium Metallic, Soul Red, Meteor Gray dan Blue Reflex. Setiap pembelian akan menerima tiga tahun jaminan dan tiga tahun servis percuma.

Spesifikasi :
Enjin : 2.0 liter SKYACTIV-G, 4-silinder sebaris, DOHC 16-injap
Transmisi : SKYACTIVE-DRIVE 6-kelajuan automatik
Kuasa maksimum : 153Hp @ 6,000rpm
Tork maksimum : 200Nm @ 4,000rpm
Kapasiti tangki bahan api : 62 liter

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ pokerqq dominoqq parlay pkvgames bandarqq dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq qiuqiu bandarqq pkvgames dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq bandarqq pkvgames pkv parlay bandarqq pkvgames dominoqq pokerqq pkvgames dominoqq bandarqq parlay bandarqq pkvgames --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/bd-pkv/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://drfreezones.com/wp-content/login/bandarqq/ http://ddqinvest.projectstatus.in/wp-includes/invest/parlay/ https://quranacademy.us.com/wp-includes/material/parlay/ https://golearn.com.my/wp-includes/bd-pkv/ https://golearn.com.my/wp-includes/register/dominoqq/ https://golearn.com.my/wp-includes/tutor/parlay/