MINI bakal muncul dengan model hatchback lima pintu baharu
MINI memperhebatkan lagi jenamanya dengan menghasilkan model kenderaan yang pastinya menjadi idaman ramai. Terbaru, MINI bakal memperkenalkan model hatchback lima pintu pada musim luruh ini.
Merupakan model kedua MINI dengan model lima pintu, kerangkanya telah dipanjangkan sedikit sebanyak 72mm pada jarak roda. Secara tidak langsung ia turut meningkatkan keluasan ruang kaki pada bahagian tempat duduk belakang.
Malah MINI juga telah menginjakkan ruang dalamannya dengan ukuran tambahan 61mm dan bahagian kargonya pula berkapasiti 278 liter iaitu lebih 67 liter berbanding varian tiga pintu. Malah jika tempat duduk belakang dilipat dengan nisbah 60:40, ruang kargonya mampu mencecah 941 liter. Bukan itu sahaja, model ini turut menambah kepanjangannya menjadi 4005mm (tambahan 161mm) dan ketinggiannya pula 1425mm.
MINI hatchback lima pintu ini bakal didatangkan dengan empat varian yang dijanakan oleh enjin iaitu 1.5 liter TwinPower Turbo tiga silinder (136 PS/220 NM). Untuk Cooper D dijanakan oleh enjin 1.5 liter TwinPower Turbo diesel tiga silinder (116 PS/270 Nm). Manakala model Cooper SD pula menggunakan enjin 2.0 liter TwinPower Turbo diesel empat silinder (170 PS/360 Nm) dan Cooper S pula dikuasakan oleh 2.0 liter TwinPower Turbo empat silinder (192 PS/280 Nm).
Bergantung pada pemilihan enjin, MINI turut menawarkan varian transmisi sama ada manual enam kelajuan, transmisi Steptronic enam kelajuan atau unit Sports Steptronic.
Sudah mengesahkan bakal menerjah pasaran UK dengan harga permulaan 15,900 GBP untuk model asas Cooper. Bagi Cooper D pula pada harga 17,050 GBP dan Cooper S 19,255 GBP. Manakala model Cooper SD pula berharga 20,050 GBP.
Produksi bagi model MINI hatchback lima pintu ini dilaksanakan di kilang Oxford.