RON 97 turun harga menjadi RM2.85 seliter
By 0 Comments
|
Nampak gayanya harga pasaran bahan api dunia sedikit menurun dan ini turut memberikan impak pada petrol RON 97 yang kini berharga RM2.85 seliter berbanding RM2.90 seliter sebelum ini. Perubahan terakhir harga bahan api ini berlaku pada Mac lalu apabila ia dinaikkan lima sen menjadi RM2.90 seliter.
Walau bagaimana pun harga bagi petrol RON 95 masih kekal iaitu RM2.10 seliter dan diesel RM2.00 seliter.
Tidak seperti RON 95 dan diesel, RON 97 hanya menerima subsidi paling minimum dan harganya bergantung pada keadaan pasaran sedunia. Oleh sebab itulah, harganya sering mengalami penurunan dan kenaikan lebih kerap.